Kepada semua biro MTK,
sila serahkan slide perancangan aktiviti biro anda kepada
Lily selewat-lewatnya pada,
18.3.2009 (Rabu) sebelum jam 12.00 malam.
harap maklum.
Kepada semua biro MTK,
sila serahkan slide perancangan aktiviti biro anda kepada
Lily selewat-lewatnya pada,
18.3.2009 (Rabu) sebelum jam 12.00 malam.
harap maklum.
Penubuhan SUKSIS adalah untuk menyahut saranan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri
semasa lawatan ke Ibupejabat PDRM di Bukit Aman pada 4 Februari 1999.
YAB Perdana Menteri telah menyarankan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama UUM menubuhkan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) selaras dengan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang ditubuhkan disemua Institusi Pengajian Tinggi (IPTA). Ketua Polis Negara (KPN) kemudian telah melakukan pindaan pada Akta Polis 1967 Bhg. XII Sek. 77 (1)-84 selaras dengan penubuhan Kor SUKSIS di IPTA.
Ketua Polis Negara melalui surat Bil: KPN 140 bertarikh 15 Jun 2005 telah meluluskan penubuhan Kor SUKSIS di Universiti Putra Malaysia yang berkuatkuasa pada 30 Mei 2005.
Kor SUKSIS UPM telah melahirkan graduan sulungnya pada tahun ini. Seramai 56 orang kadet skuad 1/2005 telah menjalani istiadat tamat latihan dan pentauliahan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 21 Jun 2008 yang lalu dan telah ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan Polis dalam acara bersejarah yang telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibnu Al-Marhum Tunku Syed Putra Jamlullail selaku Tuanku Canselor USM Pulau Pinang.